Meriahkan #MyPinkRaya dengan resipi perayaan ini!

Mihun goreng taucu

Memerlukan:

Turbo ChopperInspire Wok

Bahan-bahan:
  • 2 keping mihun dicelur hingga lembut dan toskan
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 tangkai cili merah dan hijau
  • 1 biji tomato dipotong dadu
  • 7-10 ekor udang
  • 2 sudu besar taucu
  • 2 biji telur (dipukul ringan)
  • 1 ikat sawi dipotong kecil
  • 2 cubit garam
  • Minyak untuk menggoreng
Cara-cara
  1. Bawang merah dikisar kasar menggunakan Turbo Chopper.
  2. Cili hijau dan merah juga dikisar kasar menggunakan Turbo Chopper.
  3. Panaskan 3 sudu besar minyak masak di dalam Inspire Wok.
  4. Masukkan tomato yang telah didadu, masak selama 5 min.
  5. Kemudian masukkan bawang putih, diikuti dengan cili. Goreng hingga masak.
  6. Setelah itu masukkan udang , taucu dan telur kacau sebati.
  7. Akhir sekali masukkan mihun dan kacau. Masak selama 5-6 min, tutup api dan masukkan sayur sawi dan kacau rata.
  8. Hidangan ini enak dimakan ketika berbuka atau sahur.

Ketahui lebih resipi hangat!

Sertai Kami Hari Ini!