Meriahkan #MyPinkRaya dengan resipi perayaan ini!

Lempeng telur berinti daging cincang

Memerlukan:

Speedy ChefInspire Fryer

Bahan-bahan:
  • 8 biji telur
  • 3 sudu besar susu segar
  • Secubit garam
  • Sedikit minyak
  • 200gm daging
  • 1 biji bawang Holland
  • Daun salad
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1 sudu besar minyak untuk menumis
Cara-cara
  1. Telur, susu, garam disatukan di dalam Speedy Chef dan kacau selama 2 min.
  2. Panaskan minyak di dalam Inspire Fryer dan masakkan adunan telur anda seperti lempeng,
  3. Ulangi proses ini hingga habis.
  4. Setelah itu masakkan pula inti daging anda. 1 sudu minyak masak dipanaskan dalam Inspire Fryer. Goreng bawang Holland anda sehingga kuning.
  5. Setelah itu, masukkan pula daging cincang anda lada hitam, lada putih dan secubit garam. Dengan menggunakan api yang sederhana, masakkan inti daging anda selama 5-10 min.
  6. Padamkan api dan sejukkan inti daging sebelum menggulungnya.
  7. Ambil telur dadar anda, lapiskan dengan daun salad dan letakkan 1 sudu besar inti daging tadi di tengah dan gulung. Ulangi proses ini hingga selesai.

Ketahui lebih resipi hangat!

Sertai Kami Hari Ini!