Meriahkan #MyPinkRaya dengan resipi perayaan ini!

Kerabu Mihun

Memerlukan:

Turbo Chopper

Bahan-bahan:
  • 2 keping mihun direbus hingga lembut dan toskan
  • 6 ekor udang direbus dan toskan
  • 1 batang lobak dibuang kulit
  • 2 tangkai daun ketumbar
  • 2 cili merah dibuang biji
  • 1 batang bunga kantan
  • 3-4 helai daun limau purut
  • Setengah mangkuk kacang tanah yang telah digoreng
  • 2 sudu makan sos ikan
  • 4 biji perahan limau nipis
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
  1. Lobak merah, daun ketumbar, cili merah, bunga kantan, daun limau purut diracik halus.
  2. Kacang tanah juga dikisar kasar menggunakan Turbo Chopper.
  3. Satukan mihun, udang, bahan kisar. Sos ikan di dalam mangkuk salad dan digaul rata. Perahkan asam limau dan bubuh gula dan garam mengikut cita rasa. Akhir sekali masukkan kacang tanah yang telah dihancurkan tadi.

Ketahui lebih resipi hangat!

Sertai Kami Hari Ini!