Meriahkan #MyPinkRaya dengan resipi perayaan ini!

Ayam Percik

Memerlukan:

Turbo ChopperInspire Wok

Bahan-bahan:
  • 10-15 ketul drummet ayam
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 sudu kecil kunyit
  • ½ sudu kecil garam
Bahan-bahan untuk kuah:
  • 2 batang serai diketuk
  • 5 ulas bawang kecil merah
  • 2 ulas bawang putih
  • ½ sudu besar lada hitam
  • 1 ½ cawan santan
  • Sedikit minyak
Cara-cara
  1. Serbuk jintan putih, bawang putih, halia, kunyit dan garam disatukan di dalam Turbo Chopper dikisar bersama. Lumurkan bahan kisar tadi di atas ayam dan perap selama 15 min.
  2. Panggang ayam di atas Inspire Wok dengan sedikit minyak. Masak dengan api perlahan.
  3. Bawang putih, merah dan lada hitam dikisar menggunakan Turbo Chopper.
  4. Dengan menggunakan Inspire Wok yang sama, tumiskan serai terlebih dahulu. Apabila naik bau, masukkan pula bahan kisar. Kacau rata.
  5. Masukkan pula santan dan masak seketika. Kemudian masukkan semula ayam tadi dan masak hingga ayam lembut. Masak selama 15-20 min. Kuah ayam percik dan ayam juga boleh diasingkan mengikut cita rasa.

Ketahui lebih resipi hangat!

Sertai Kami Hari Ini!